You're The Best Thing That's Ever Being Mine

Bicara Bisu.


Bismillahirahmanirrahim.

Diam bukan bererti aku lupa. Begitu juga pada tempat luahan bicara bisu aku. Tidak update bukan bererti tidak menjengah..mungkin masa yang sentiasa mencemburui aku yang menghalang dari meng-update apa-apa di laman sensawang aku. 

Berhabuk sungguh tempat bicara bisu aku ni. Malam ini,ingin aku berkongsi sesuatu. Hati memberontak untuk menulis dengan meluahkan bicara bisu aku melalui kata-kata. Hati aku gugur,jiwa aku basah dengan tersirapnya darah. Pilu,sakit,pedih,perit segala rasa seolah dengki jengah di lubuk hati aku. Hadir mereka serentak. Ahh.. seolah telah bersepakat untuk menjatuhkan diri aku.Aku lemah dengan segala perasaan ini. Aku selalu tewas.Senyum bukan bereti bahagia sentiasa melilit diri aku. 

Malam ini.. sunyi dan sepi menemani aku. Bertambah dengan kesihatan yang semakin merosot buat diri semakin lemah. Mujur ibu dan ayah sentiasa ada di sisi aku. Bersama adik-adik lelaki aku yang sentiasa dengan bermacam ragam dan karenahnya. Tekak aku semakin teruk. Alhamdulillah telinga semakin beransur pulih. Ini semua gara-gara tounser.Semoga Dia mengampunkan dosa-dosa aku dengan meng-anugerahkan sakit ini kepadaku. 

Sebenarnya..tiada apa yang aku ingin ceritakan kerana tiada apa yang menarik tentang diriku. Mungkin ada beberapa perkara yang telah berlaku tidak mungkin aku bicarakan di sini.Biarlah aku bicara dengan Tuhanku sahaja.Kalah bukan bererti gagal.Aku redha dengan segala ketentuanNya.Mungkin tiada rezeki aku di situ. Alhamdulillah.

Mengenali dia. Dia. Dia. Siapa dia?? Mahukah aku kenalkan di sini siapa dia? Tidak.Aku hanya bisa memperkenalkan dia hanya di sini. (HATI). Siapa dia,biarlah aku dan Tuhanku yang tahu.Tapi kini,aku teringin sekali meluahkan soal dia di bicara bisuku ini.

Dia berjaya mencuri hatiku secara perlahan-lahan meski waktu permulaannnya aku sangatlah mahal di mana tiada makhluk dapat menakluki. Mukanya yang bersih,buat bibir tersenyum tanpa aku sedar.Senyumnya yang comel bagiku buat aku turut terdiam. Lesung pipitnya buat aku ucap 'Ya,Tuhan.. indah sungguh ciptaanMu ini'.Bicaranya yang lembut berjaya jatuhkan ego aku. Cukupkah ini sahaja aku membayangkan siapa dia??

Hati terpaut,kasih berputik.Salahkah aku membuka hati ini??Mengapakah sedemikian yang aku rasa?? Rindu dan menanti sentiasa menggasak hati. Kadang buat diri tak keruan dengan semuanya.Berbaloikah apa yang aku rasakan ini?? Oh Tuhan.. Ampunkan dosa aku.

Kerana kasih ini buat diri aku sedar sesuatu. Dengan segala kekurangan dan kelemahan yang ada mampu menghentikan segalanya.Aku sedar siapa diriku Ya,Allah.Dan semua ini dengan perlahan buat diri aku bersederhana dengan harapan. Terima kasih Ya,Allah.

Ya,Allah.. Jauhkan aku dari hanyut dalam lautan perasaan. Semoga kasih ini sentiasa dalam lembayungMu.




:: Budak Tounser ::