You're The Best Thing That's Ever Being Mine

bisakah aKU???

Bukan sengaja aku merahsiakan cinta tapi curiga kau kan tersalah sangka..
kerana kita rasa bangga bila di puja dan rasa keji bila di hina...
Dan kita menolak segala bencana dan asyik gembira dengan nikmatnya..
sedangkan semua ini adalah takdirnya dan kita harus bersyukur sentiasa..


memandang ke laut...pipi di sentuh bayu yang dingin seperti hatiku...hati terusik setiap kali memandang ombak yang terhempas di pantai...hati terasa damai seperti seluas laut mata memandang..ya,Allah...bersyukurkah aku selama ini????

sedang aku cuba mencari ketenangan untuk menyelubungi jiwa yang di landa kegelisahan disebalik ombak yang sedang berhempas pulas,sesekali wajah tenangnya cuba menjengah ruang anak mataku walaupon sedaya upaya cuba aku hapuskan...ahh!! memang wajahnya tidak pernah untuk jauh dari akal dan mindaku...bagaimana rasanya bila dia rasmi di miliki sang gadis yang lain????

walau duka menampar dada,biarlah sepi mencalar hati..
ku pinggirkan sayu yang merundum hatiku...
kasih dulu ku biarkan berlalu..
telah ku pinggirkan lara yang bertaut di jiwa...
akan ku teruskan hidup tanpa dia...
tapi bisakah aku????

perginya aku ke negara seberang Acheh hanya untuk mangabaikan segala apa yang aku rasa...
pinggirkan segala rasa kecewa dan sedih yang mengguris hati...
melupakan wajah yang membuatkan diri tak lekang dari senyum di bibir...
dan sengaja aku merahsiakan bilanya aku sekembali ke tanah air ku di Malaysia agar ku bisa biasakan diri tanpanya...
aku kena mencari jalan agar aku terbebas dari bayangannya...
kerna sekarang saatnya berhenti melukai relung hati dan harus terima realitinya bahawa terkadang kita akan sakit dengan sesuatu hakikat,,,

kini...
tentang cinta yang dahulunya datang dengan perlahan dan membuatkan ku takut dengan erti kehilangan,
buat aku tegar untuk menerima segalanya dengan ikhlas setelah hati turut terpendam untuk sekian kalinya...
kerna aku yakin.........
kekecewaan yang dilalui dengan redha pasti Allah akan gantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak di jangka dan pastinya lebih baik..






aku akan terus tersenyum kerna hanya itu yang ku mampu...
izinkanlah aku untuk terus menyimpan seribu harapan walaupun ia hanya sekadar cuma..~

1 comment:

MrS_v4ddS said...

boleh buat cerpen ni kak.. hehe.. x pon buat novel. eheheee.. nice entry.. kite suke ayt akk yg ni.. ;)