You're The Best Thing That's Ever Being Mine

merinDuiMu sahabat ^^

cerita tentang sebuah persahabatan...

:: sewaktu umur aku 15 tahun,aku ada mengenali seseorang..pertemuan itu berlaku di sebuah pusat pengajian yang pernah aku menuntut di waktu itu...tetapi perkenalan kami hanyalah sekadar kawan biasa..mungkin barangkali aku adalah pelajar baru disitu yang tidak sebegitu ramah di kala itu..tapi sayang,perkenalan kami renggang di atas kesilapan yang telah aku lakukan...kerana kesilapan aku itulah aku dan dia rengang yang ketara dan semua pelajar di situ tahu mengenainya...dan,tercetusnya pergaduhan di antara aku dan dia selama 3 bulan...selama 3 bulan juga kami tidak bertegur sapa dan dingin yang ketara,malah kami seolah-olah tidak boleh bertembung muka walhal kami duduk 1 asrama..aku dengan ego aku,dia p0n dengan ego dia juga...hampir 3 bulan tidak bertegur sapa,akhirnya aku yang mengalah untuk memohon kemaafan yang telah aku lakukan setelah aku mendengar ustazah memberi tazkirah...
'barangsiapa yang tidak menegur saudaranya selama 3 hari,maka dia telah memutuskan hubungan silaturahim dan segala amalannya tidak akan diterima selama hubungan itu terputus...'

Kerana tazkirah itulah,aku beranikan diri dan menundukkan segala apa yang aku rasa di kala itu dan pergi memohon kemaafan di atas kesalahan yang telah aku lakukan 3 bulan yang lepas..aku sendiri pon tidak menyangka yang aku mengalah buat kali pertama kerana aku bukanlah seperti itu sebelum ini..ku fikir,mungkin Allah telah membuka pintu hati ini dan masa untuk merubahkan diri ini dan mungkin jua kerana kawan2 yang lain menyuruh aku meminta maaf..tidak salah kalau mengalah kerana Allah suka 0rang yang mengalah..wajah dia seperti biasa se0lah-olah tiada apa yang berlaku di antara kami dan dia hanyalah menjawab...
'aku dah lama maafkan kau...'

0kayh,terasa lah sangat2 lega selepas mendengar ucapan itu..terasa hilang beban aku menanggung dosa atas kesalahan yang aku dah lakukan..hubungan kami agak baik selepas aku meminta maaf kepadanya..dia 1 kelas dengan aku,dan kami telah mengambil (tasmi' hafizah) dan kami sama2 lulus tasmi' dan masuk kelas hafizah..dan kami tak lagi 1 kelas..tp kelas bersebelahan...hubungan kami semakin erat selepas sama2 masuk kelas hafizah...malah kami seolah-olah sahabat karib..dia selalu tolong aku dan dia seorang yang caring..ketika aku sakit,dia yang menjaga aku,segala makan dan minum aku dia yang jaga...kami selalu bersama,macam belangkas...
'AKU SANGAT MENYAYANGI DIRIMU WAHAI SAHABATKU...'

Aku rasa sangat bersyukur mempunyai seorang sahabat seperti dia..dia lah sahabat,kawan,teman,member bagi aku..dia tahu segala apa jua masalah,suka dan duka aku..dia juga lah tempat aku mengadu luahan hati aku...dan aku tak pernah dapat seorang sahabat seperti dia...kami banyak persamaan mungkin kerana dia sebaya dengan aku,.dia sangat2 memahami aku...beruntung aku dapat se0rang kawan seperti dia... :)
dia banyak membantu,menasihati aku walau dia tahu aku bukanlah senang untuk  menerima teguran di waktu itu..dia juga buat aku paham apa itu kehidupan..

hmmm...tapi,sesuatu telah berlaku yang menyebabkan aku terpaksa pindah sekolah..aku tersangat2 laa sedih..tapi aku redha kerana setiap pertemuan pasti ada perpisahan dan kusangka walaupun aku pindah sekolah ianya xkan menjejaskan hubungan persahabatan kami..tapi aku silap..malah kami makin renggang,dan seolah-olah dia tidak mengenali aku...3 tahun hubungan sahabat itu mekar tapi selepas aku pindah sekolah,dia seperti tidak mengenali aku malah kami tidak bertegur sapa..dia telah menganggap aku seperti orang asing...apakah betul wahai sahabat??? puas sudah aku fikir,apakah aku ada mempunyai silap sampai dia seolah-olah tidak mengenali aku?? adilkah bagi aku??? dia buat aku tertanya-tanya kerana dia tidak lagi hubungi aku seperti selalu,dan jikalau kami bertembung muka seolah-olah dia tidak lagi mengenali aku lagi...di pagi Syawal malah di hari birthday aku dia tidak lagi wish padaku..dia pun tidak mneghadiri majlis birthday aku tahun lepas... :'(
arghhhhhhhhh~ apakah ini di namakan lumrah kehidupan??? redha disetiap apa yang berlaku...


wahai sahabat,aku rindu saat kita bergelak tawa dan menangis bersama.. :')
aku rindu saat menyambut birthday kau... :')
aku nak kau tahu,aku menyambut birthday kau dulu kerana aku menghargai kau...


neh pic aku dan dia 3 tahun yang dulu..lama dah kan pic neh???ye..memang da lama..kami xde amek pic lagi selepas neh...aku rindu sangat2 kawan aku seorang ini..

p/s :  wahai kawanku no0r hanani..kalau kau baca,harap kau mengerti yang aku rindukan kita yang dulu...maafkan aku kalau aku ada silap dan salah,halalkan makan dan minum aku selama kita berkawan,.aku akan sentiasa mend0akan kejayaan kau walau hakikatnya kau dah x anggap aku sebagai kawan lagi... :) thanks atas segalanya kawan...

No comments: